Herbalife – Produk Untuk Kuruskan Badan

By Fairuz, June 20, 2009 11:08 pm

Ni cerita tahun lepas. Masa tu aku dengan wife jalan-jalan kay Giant Batu Caves, tibab-tiba nampaklah ada dua perempuan satu India dan satu Cina buat promosi timbang badan guna alat penimbang khas yang boleh tengok kandungan air dalam badan dan macam-macam lagi. So aku pun cubalah. Masa tengok result dia ceritalah yang usia aku ni dah lebih 40 tahun (sedangkan baru 30 lebih) .. last sekali barulah buka cerita diaorang promote produk Herbalife.

Dulu ada member aku masa buat master kat UM, sorang mamat Libya ni ajak aku join Herbalife, tapi masa tu tak minat, dan tak nak taupun. Tapi dengan minah India ni terbuka pulak hati nak cuba, so aku ambik 2 botol protein shake, satu vanila, satu mocha (kalau tak silap). Habis dalam RM300 kot.

Menurut promoter tu, selain mengambil 2 shake Herbalife sehari, aku hanya boleh makan 1 kali sahaja. Contohnya pagi sarapan Herbalife, tengah hari makan biasa, malam makan Herbalife. Selain tu aku tak boleh snacking (curi-curi makan). Kalau lapar, makan buah.

So aku pun ikut kata dia. Yang bagusnya, promoter tu siap telefon lagi untuk pastikan aku makan Herbalife tu dan tak curi makan. Kesannya, minggu depannya kalau tak silap aku, berat aku turun, dalam1-2 kilo.Tapi masalahnya lepas 2 minggu kena beli lagi sebab stok dah habis. Kali ni aku ambik perasa strawberi. Berat turun lagi sikit. Lepas habis, aku ambik sebotol lagi, tapi kali ni berat macam tak turun je. Last-last sekali aku dah tak beli, bukan hanya sebab harganya yang agak tinggi, tapi sebab teruk sangat rasanya makan macam kena catu je, pastu air kena banyak minum, asyik nak kena pi toilet… tak tahan.

Tapi tak mustahil berat aku akan turun banyak kalau aku teruskan menggunakan Herbalife ni, sebab ia bukan semata-mata pemakanan untuk kuruskan badan, tapi ia adalah sebuah PROGRAM untuk kuruskan badan.

Sekarang ni aku belum nak bergantung balik dengan produk-produk macam ni, sebab kalau boleh nak kuruskan badan dengan cara senaman.

Leave a Reply

Panorama theme by Themocracy