Sejarah Berat Badan Aku
Dulu, semasa zaman kanak-kanak aku seorang yang agak gemuk jugak. Kalau tak silap badan aku naik sejak lepas operate tonsil.. jadi makan memang laju je lah.. dah tak sakit lagi.
Tingkatan 1 duduk asrama, biasalah kena lari keliling sekolah (baca: kena dera dengan senior)… tapi bagus juga, sebab masa tingkatan 2 orang kampung bagitau yang aku dah kurus
. Sebenarnya taklah kurus sangat, tapi susutlah sikit.
5 tahun duduk asrama (baca: makanan dicatu) turut membantu untuk aku mengawal berat badan agar tak gemuk balik. Lepas SPM dapat tawaran belajar oversea. Duduk tempat orang payah juga nak menyesuaikan diri pada mulanya. Antarnya soal makanan, so terpaksalah masak sendiri. Bila dah masak sendiri tu, ala kadar jelah, asalkan makan sudahlah. Tapi lama-kelamaan dapat juga aku menyesuaikan makanan penduduk setempat, walaupun tak semua. Ingat lagi semasa aku duduk serumah dengan pelajar-pelajar dari Turkey, Syria & US, sarapan pagi adalah roti kering (lebanese bread), buah zaitun, yoghurt, keju putih (yang bentuk kiub) – home, tomato, timun & telur… susah juga nak makan, tapi lama-kelamaan ok la. Tak ada roti canai, tak ada nasi lemak (mana nak cari ikan bilis), jadi kira ’sihat’ lah sarapan pagi aku sepanjang 4 tahun kat sana.
Pendek cerita masa aku balik Malaysia, berat aku taklah berat sangat, cuma dalam lingkungan 60-65kg.
Setahun lebih lepas tu aku kahwin. Kalau tak silap berat 65kg. Pindah kerja kat Melaka. Wife aku tak kerja, jadi aku pun asal balik rumah, makan. Orang kata lepas kahwin berat badan akan naik & perut akan jadi boroi. Memang tak nafi, berat aku mula bertambah, lebih-lebih lagi lepas dapat anak. Wife pun makin lama makin pandai masak, dan tahu apa selera kita. Tapi aku rasa antara yang menyumbang berat badan aku naik, aku suka ajak wife makan luar, malam especially.
Fast forward… tu cerita lebih kurang 10 tahun yang lalu. Sekarang ni agak-agak berat aku berapa? Semasa aku menulis ni, berat aku 78kg, tu yang aku timbang 2 hari lepas. Memandangkan yang aku ni tak tinggi, cuma 162cm, berat aku sepatutnya dalam lingkungan 60kg sahaj.. pehh.. banyak jugak nak turun tu.
Sebenarnya berat aku pernah naik sampai 83-84 kg. Masa tu aku rasa badan berat sangat. Rasa tak selesa. Aku pun cari jalan macam mana nak kurangkan berat badan. Bermacam-macam cara aku buat (nanti aku kongsi satu persatu), dan yang terbaik pernah aku capai ialah 77kg.
Sampai hari ni aku masih prihatin akan berat aku. Dah lama jugak berat aku tak melepasi paras 80kg. Mintak jauh. Aku tak nak gemuk lagi macam dulu. Sekarang ni tengah fikir nak buat apa lagi untuk kurangkan berat. Yang terdekat ni mungkin nak masuk fitness gym.. ha ha kalau rajin. Dulu ada juga masuk gym, tapi trainer lebih fokus untuk bina badan. Gym yang aku baru jumpa ni memang fokus untuk fitness. Ownernya dah suruh datang untuk sesi trial, tapi tak sempat lagi. Tengoklah minggu ni kot.