Mengenai Laman Ini
Tidak dirancang.
Itulah sebenarnya yang berlaku.
Sedang aku menaiktaraf laman web perniagaanku untuk berpindah ke platform Wordpress, tiba-tiba aku merasa haus, lalu ke dapur. Terlihatkan satu produk yang memang aku amalkan untuk menjaga berat badan agar tidak naik, menyebabkan aku terfikir, mengapa tidak aku wujudkan sebuah laman untuk berkongsi cerita dan pengalaman tentang cara-cara aku menjada berat badan agar tidak naik.
Setelah mengambil produk tersebut, aku kembali ke notebook kesayanganku yang diberikan oleh company (baca: dipinjamkan), terus ke NameCheap untuk mendaftar domain name yang sesuai. Domain name pertama yang terlintas di fikiranku adalah KurangkanBeratBadan.com, dan nasibku baik kerana ia masih available.
Harap-harap apabila ia disenaraikan dalam Google nanti, akan mendapat listing no. 1 untuk carian bagi frasa “kurangkan berat badan”.
Berbalik kepada laman ini, selain dari berkongsi pengalaman, aku juga akan cuba mendapatkan tips-tips yang berguna untuk dikongsi bersama. Korang pun boleh berkongsi maklumat dengan menggunakan fungsi komen yang ada di laman ini.
Akhir kata, semoga laman web ini bermanfaat untuk semua, dan menjadi motivasi untukku agar berat badanku yang sekarang ini dapat diturunkan lagi.
hi…bagaimana agaknya nak kurangkan berat badan?sebelum nie berat i cuma 45kg dan sekarang 61kg.i dah mencuba untuk diet,i less makan.tetapi berat i tak turun..memang benar kata orang,klu nak tambah berat badan cepat tapi nak kurangkan memang payah…
45 jadi 61? Banyak jugak tu. Berapa lama ambik masa untuk naik sebanyak tu?
hi..boleh ke anda cadangkan cara-cara yang anda guna untuk kurangkan berat badan anda..
CUBALAH JUSMATE 5…FORMULA DR ROZMEY YANG SUNGGUH BERKESAN…BERAT SAYA SUDAH HILANG 5KG…DR 73KG KE 68KG DLM MASA 8 HARI….CUBALA SEKARANG..INSYAALLAH…
5kg dalam masa8 hari? banyak tu! macam the biggest loser la pulak. Berbalik pada jusmate tu, saya belum pernah cuba tapi adik ipar saya ada ambik lepas bersalin tempoh hari, tapi lupa pulak nak tanya dia kesannya macam mana. Macam manapun thanks sebab berkongsi. Nanti saya cuba.